Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, 19 November 2012

Majis Kolaborasi Penyelidikan bersama UMT 2/2012


09 MAC 2012 - Pengarah Pusat Akuakultur Tropika (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu telah mengadakan lawatan rasmi ke Kolej Komuniti Jerantut. Lawatan yang amat bermakna untuk warga KKJP ini bakal menghasilkan impak yang besar kepada seluruh komuniti di Jerantut amnya dan penternak dan pengusaha ternakan ikan secara akuakultur khasnya.
       Pelbagai perkara yang diperbincangkan antaranya mengenai ternakan yang sesuai dijalankan di KKJP, penyelenggaraan sistem akuakultur di KKJP, transfer technology dari UMT ke KKJP, serta peranan besar buat warga KKJP untuk menyalurkan kaedah ternakan terkini kepada masyarakat, khasnya pengusaha ternakan ikan akuakultur.
       Selain itu, En. Hishamudin Ketua Penolong Pengarah JPKK akan berusahamengadakan perjanjian MOU antara kolej-kolej komuniti yang menawarkan bidang akuakultur bersama UMT. Dengan terhasilnya MOU ini, bidang akuakultur Negara akan meningkat dengan lebih pesat dan mencapai sasaran negara dalam pengeluaran sumber makanan.

Majlis Kolaborasi Penyelidikan bersama UMT 1/2012


Langkah ini ini merupakan hasil idea kreatif Pengarah Kolej Komuniti Jerantut, En Abu Bakar bin Mat Tai bagi mendapatkan panduan, khidmat nasihat serta kajian terkini sebelum menyediakan modul pembelajaran Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Akuakultur di Kolej Komuniti ini.

          Pelbagai maklumat diperolehi sewaktu lawatan ini seperti teknologi ternakan ikan air tawar, teknologi ternakan ikan air masin, ternakan udang kara serta teknologi ternakan ikan hiasan yang bakal memberi impak kepada perkembangan akuakultur khususnya untuk komuniti di Jerantut. Selain itu, kolaborasi ini telah membuka ruang untuk warga kolej serta komuniti setempat yang berminat untuk bersama-sama menghasilkan penyelidikan dalam bidang akukultur. 

          Pihak Kolej Komuniti Jerantut mengalu-alukan lawatan rasmi pihak Akuatrop UMT ke KK Jerantut disamping dapat memberikan khidmat nasihat yang tepat melalui sistem akukultur di Makmal Akuakultur KK Jerantut.