2
Julai 2012 – Kursus Bahasa Melayu (Tatabahasa dan Perbendaharaan Kata) diadakan
pada 2 Julai hingga 13 Ogos 2012 bertempat di Madrasah Al-Fatihah, Kg Bukit
Genting selama 2 jam seminggu pada hari Isnin. Kursus ini berjalan selama 6
minggu berterusan. Bertujuan sebagai memupuk penggunaan tatabahasa Bahasa
Melayu yang betul pada pelajar yang terdiri daripada peringkat sekolah rendah
sehingga sekolah menengah.
Monday, 19 November 2012
ROTI DAN PASTRI PILIHAN PENDUDUK JENGKA PUSAT
24
Mac 2012, MARAN- Kursus Penyediaan Roti dan Pastri telah diadakan di Dewan
Jengka Pusat Maran selama 2 hari. Peserta yang terdiri daripada 17 orang itu diberi
tunjuk ajar oleh tenaga pengajar terlatih iaitu Puan Sazana dan juga pensyarah
kolej, Cik Sabrina.
Kursus yang dijalankan telah menarik minat banyak golongan
terutama surirumah. Mereka yang mengikuti kursus tersebut dapat mempelajari
pelbagai jenis masakan termasuklah roti pelbagai perisa, donut dan penghasilan
karipap. Kursus yang dijalankan dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang itu
diadakan untuk mendekati penduduk terutama masyarakat Jerantut disamping
berkongsi ilmu-ilmu praktikal dalam bidang roti dan pastri. Menurut Cik
Sabrina, “pihak Kolej akan sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada
masyarakat untuk member latihan dan kemahiran dalam pelbagai bidang terutamanya
dalam bidang teknologi makanan.
KK JERANTUT BERSAMA MASYARAKAT JENGKA 10
15
April 2012, MARAN- seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai
golongan termasuk surirumah serta pekerja sektor awam atau swasta mengikuti
kursus jangka pendek penyediaan kek dan kek cawan di Wisma Jengka 10.
Dengan
adanya tenaga pengajar yang mahir iaitu Puan Rosnita dan dibantu oleh pensyarah
kolej, Cik Nor Amalina Abdullah, peserta-peserta telah diberi pendedahan
tentang penyediakan 4 jenis resipi seperti kek lapis Sarawak, kek pandan, kek
‘chocolate moist’ beserta kek cawan dengan dekorasi yang sangat menarik. Pihak
kolej berharap dengan adanya kursus seperti ini, masyarakat setempat dapat
membaiki taraf hidup dengan mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan
seterusnya ke peringkat membuka perniagaan sendiri.
KEK DAN KEK CAWAN PILIHAN PENDUDUK KOTA GELANGGI
1
April 2012, JERANTUT - Kursus Kek dan Kek Cawan mendapat sambutan di kalangan
suri rumah dan pekerja kerajaan. Kursus yang diadakan selama 15 jam bersama
Puan Rosnita telah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara
penghasilan kek. Peserta-peserta dilatih untuk menghasilkan 4 jenis resipi
pembuatan kek iaitu kek lapis Sarawak, kek pandan, kek ‘chocolate moist’ dan
kek cawan dengan dekorasi.
Majis Kolaborasi Penyelidikan bersama UMT 2/2012
09
MAC 2012 - Pengarah Pusat Akuakultur Tropika (AKUATROP), Universiti Malaysia
Terengganu telah mengadakan lawatan rasmi ke Kolej Komuniti
Jerantut. Lawatan yang amat bermakna untuk warga KKJP ini bakal
menghasilkan impak yang besar kepada seluruh komuniti di Jerantut amnya dan
penternak dan pengusaha ternakan ikan secara akuakultur khasnya.
Pelbagai perkara yang diperbincangkan antaranya mengenai
ternakan yang sesuai dijalankan di KKJP, penyelenggaraan sistem akuakultur di
KKJP, transfer technology dari UMT ke KKJP, serta peranan besar buat warga KKJP
untuk menyalurkan kaedah ternakan terkini kepada masyarakat, khasnya pengusaha
ternakan ikan akuakultur.
Selain itu, En. Hishamudin Ketua Penolong Pengarah JPKK
akan berusahamengadakan perjanjian MOU antara kolej-kolej komuniti yang
menawarkan bidang akuakultur bersama UMT. Dengan terhasilnya MOU ini, bidang
akuakultur Negara akan meningkat dengan lebih pesat dan mencapai sasaran negara
dalam pengeluaran sumber makanan.
Majlis Kolaborasi Penyelidikan bersama UMT 1/2012
Langkah
ini ini merupakan hasil idea kreatif Pengarah Kolej Komuniti Jerantut, En Abu
Bakar bin Mat Tai bagi mendapatkan panduan, khidmat nasihat serta kajian
terkini sebelum menyediakan modul pembelajaran Sijil Modular Kebangsaan (SMK)
Akuakultur di Kolej Komuniti ini.
Pelbagai maklumat diperolehi sewaktu lawatan ini seperti teknologi ternakan
ikan air tawar, teknologi ternakan ikan air masin, ternakan udang kara serta
teknologi ternakan ikan hiasan yang bakal memberi impak kepada perkembangan
akuakultur khususnya untuk komuniti di Jerantut. Selain itu, kolaborasi ini
telah membuka ruang untuk warga kolej serta komuniti setempat yang berminat untuk
bersama-sama menghasilkan penyelidikan dalam bidang akukultur.
Pihak
Kolej Komuniti Jerantut mengalu-alukan lawatan rasmi pihak Akuatrop UMT ke KK
Jerantut disamping dapat memberikan khidmat nasihat yang tepat melalui sistem
akukultur di Makmal Akuakultur KK Jerantut.
Kursus Pendek untuk Komuniti
01 JANUARI 2012 - Daerah Jerantut akan bertambah seri
dengan kehadiran Pengarah Kolej Komuniti Jerantut, En Abu Bakar bin Mat Tai.
Kehadiran beliau bersama beberapa orang staf kolej memberi alamat bahawa Kolej
Komuniti akan mula beroperasi sepenuhnya. Kolej Komuniti ini berperanan
terhadap pelajar lepasan sekolah serta masyarakat sekitar. Kursus yang bakal
ditawarkan melalui kursus sepenuh masa dan kursus pendek.
Kursus Akuakultur dan
Teknologi Memproses dan Kawalan Mutu Makanan yang ditawarkan melalui Sijil
Modular Kebangsaan yang telah mendapat pengiktirafan MQA. Selain itu, pihak
kolej juga menawarkan kursus pendek dalam pelbagai bidang. Kursus ini kebiasaannya
dijalankan pada hujung minggu, namun peserta boleh memohon pada hari bekerja.
Yuran kursus penyertaan adalah RM 1 bagi setiap jam. Minimumnya adalah 5 jam.
Pihak kolej menyeru agar masyarakat di daerah Jerantut terutamanya untuk datang
ke Kolej bagi mendaftarkan nama anda sebagai peserta kursus.
Menurut En Abu Bakar,
pihak kolej juga turut mencari tenaga pengajar yang berminat, berpengalaman dan
berkelayakan untuk sama-sama membantu komuniti setempat terutamanya dalam
bidang kemahiran kerja tangan, pertanian dan keusahawanan. Usaha ini dapat
membantu komuniti setempat, terutamanya para belia menjana pendapatan sendiri
dalam bidang yang mereka minati. Oleh itu, beliau menyeru bakal tenaga pengajar
ini agar menghantarkan perkara seperti berikut :
1. Resume & Sijil-sijil kemahiran
2. Modul Mengajar dan Jadual Kursus Kemahiran
3. Senarai peralatan yang perlu disediakan oleh pihak
Kolej atau peserta
Antara jenis kursus pendek
yang kebiasaannya ditawarkan oleh pihak kolej kepada masyarakat adalah seperti
berikut :
1. KEROHANIAN
/ AGAMA
·
Fiqah
·
Quran
·
Pengurusan Jenazah
·
Kursus Perkahwinan
·
Hadith
2. BAHASA
·
Bahasa Melayu
·
Bahasa Inggeris
·
Bahasa Arab
·
Bahasa Mandarin
·
Bahasa Tamil
3. GRAFIK
& MULTIMEDIA
·
AutoCAD 2D
·
AutoCAD 3D
·
Adobe Photoshop
·
Adobe Illustrator
·
Macromedia Director
4. JAHITAN
/ PAKAIAN
·
Jahitan
·
Baju Kurung
·
Baju Melayu
·
Sulaman Mesin
·
Langsir
·
Manik
5. PROGRAM
INDUSTRI
·
Hawa Dingin
·
Kimpalan
·
Penyelenggaraan Mekanikal
·
Penyelenggaraan Elektrikal
·
Keselamatan Industri
6. TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMPUTER
·
Microsoft Word
·
Microsoft Excel
·
Microsoft Power Point
·
Microsoft Visual Basic
·
Pengenalan kepada Internet
·
Membina Laman Web
7. ELEKTRIK
& ELEKTRONIK
·
Pendawaian Elektrik Fasa 1
·
Baikpulih Peralatan Elektrik
·
Melukis Litar Elektrik
·
Digital Elektronik
·
Analog Elektronik
Hubungi Kolej Komuniti Jerantut sekarang!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)