Tuesday 10 January 2012

Kursus Pendek - Program Latihan 1 Malaysia

Kolej Komuniti Jerantut bakal menawarkan pelbagai Program Latihan 1 Malaysia secara kursus pendek yang dijalankan mengikut permintaan dan juga keperluan semasa daripada masyarakat setempat. Untuk menyahut seruan kerajaan melahirkan modal insan yang berdaya maju seiring dengan kepesatan pembangunan masa kini maka Kolej Komuniti Jerantut khususnya mengambil inisiatif untuk memberikan latihan serta melahirkan masyarakat yang berilmu dengan mengadakan pelbagai Program Latihan untuk semua golongan masyarakat setempat dengan yuran yang sangat berpatutan. Kolej Komuniti Jerantut juga begitu prihatin terhadap masyarakat setempat dengan menganjurkan program - program untuk membasmi kemiskinan bandar melalui latihan kemahiran dan juga keusahawanan.

Berikut adalah antara kursus - kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat yang bakal ditawarkan di Kolej Komuniti Jerantut bagi tahun 2012.
1.              Kursus Masakan
2.              Kursus Bahasa
3.              Kursus Kerohanian/Agama
4.              Kursus Muzik
5.              Kursus Teknologi Maklumat & Komputer
6.              Kursus Grafik & Multimedia
7.              Kursus Simen Fero
8.              Kursus Akuakultur
9.              Kursus Jahitan/Pakaian
10.            Kursus Solekan
11.            Kursus Keusahawanan
12.            Kursus Landskap

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi secara terus di Kolej Komuniti Jerantut beralamat di :

           Kolej Komuniti Jerantut,
           Kementerian Pengajian Tinggi.
           Taman Wawasan,
           Jalan Jerantut-Temerloh,
           27000 Jerantut,
           Pahang Darul Makmur.


Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Akuakultur

SIJIL MODULAR KEBANGSAANTEMPOH
1.Teknik Pembiakan Ikan3 Bulan
2.Teknik Asuhan Ikan3 Bulan
3.Teknologi Tumbesaran Ikan6 Bulan
4.Teknologi Pemprosesan Hasil Akuakultur3 Bulan
5.Keusahawanan Akuakultur4 Bulan


SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
TEKNIK PEMBIAKAN IKAN 3 BULAN


Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah pembiakan spesies-spesies ikan air tawar terpilih secara semula jadi dan juga aruhan. Persiapan awal sebelum memulakan projek seperti penentuan spesies, pemilihan tapak, mereka bentuk, susun atur dan pembinaan hatceri akan dijelaskan. Kaedah pengurusan-pengurusan hatceri yang menyeluruh meliputi penyediaan tangki, pemilihan induk, penetasan telur, penyediaan makanan hidup, pemberian makanan, pemeriksaan mutu air, kawalan penyakit serta tuaian hasil akan diajar bagi memastikan operasi hatceri yang cekap dan lancar. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
TEKNIK ASUHAN IKAN 3 BULAN


Peserta akan didedahkan kepada teknik asuhan benih di peringkat rega di dalam tangki. Pendedahan teori dan amali akan didedahkan kepada aspek penyediaan kolam asuhan, pengurusan benih, makanan, kesihatan, penggredan dan pembungkusan. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
TEKNOLOGI TUMBESARAN IKAN 6 BULAN


Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah menternak ikan air tawar dalam kolam tanah, tangki dan sistem sangkar secara mapan. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam mengusahakan bidang akuakultur ini. Persiapan awal sebelum memulakan projek seperti penentuan spesies ternakan, pemilihan tapak, mereka bentuk, susun atur dan pembinaan kolam serta ladang akan dijelaskan. Kaedah pengurusan-pengurusan ternakan yang menyeluruh meliputi penyediaan kolam, peralatan, benih, mutu air, makanan, musuh, penyakit serta tuaian hasil diajar bagi memastikan operasi kolam yang cekap dan lancar. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
TEKNOLOGI PEMPROSESAN HASIL AKUAKULTUR 3 BULAN


Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi pemprosesan hasil perolehan di bidang akuakultur. Peserta kursus akan didedahkan dengan cara memproses bahan akuakultur sehinga menghasilkan produk keluaran akuakultur. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
KEUSAHAWANAN AKUAKULTUR 3 BULAN


Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi menajalan perusahaan dan keusahawanan di dalam bidang akuakultur. Peserta kursus akan didedahkan dengan cara mengendalikan keusahawanan di dalam bidang akuakultur ini. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.
Kolej Komuniti yang mengendalikan Program Operasi Akuakultur
* KK Tampin * KK Caw Bera *


INFO RINGKAS PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK)

Pengenalan:
Ia merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat tanpa had umur, jantina dan bangsa. Dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa.
Menariknya program ini:
  • Latihan berasaskan pada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan.
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan.
  • Berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kemahiran melalui modul-modul yang ditawarkan.
  • Penilaian dilaksanakan bersama badan profesional dan agensi kerajaan.
  • Berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kepada mereka yang layak.
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran.
Syarat Kemasukan:
  • WARGANEGARA MALAYSIA.
  • Terbuka kepada calon yang berumur 17 tahun ke atas. (Pesara Kerajaan / Warga Emas / Belia / Lulusan Universiti / Lepasan Sekolah)
  • Pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon.
  • Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakan memohon.
Tempoh Program:
Tempoh pengajian adalah TIGA (3) bulan sehingga ENAM (6) bulan bagi setiap modular.

Bayaran Yuran Pengajian:
RM 10.00 sebulan.

Pengambilan & Permohonan:

Pengambilan pertama pelajar Kolej Komuniti Jerantut bakal diadakan pada bulan April 2012 bagi Kursus SMK Akuakultur. Secara keseluruhannya pengambilan pelajar Kolej Komuniti diadakan pada bulan Jan, April, Julai dan Oktober setiap tahun. Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Pengenalan



Kolej Komuniti Jerantut - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
telah memulakan operasi pada 03 Januari 2012 di banggunan yang baru siap dibina di Taman Wawasan, Jerantut. Kedudukan yang strategik berada berhampiran dengan bandar Jerantut dan bersebelahan Masjid Besar Jerantut. Prasarana  yang disediakan  akan  menampung  perlaksanaan dua kursus iaitu Kursus Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Akuakultur dan Pemprosesan & Kawalan Mutu Makanan.

Kapasiti pelajar yang dirancang bagi Kolej adalah melebihi 400 orang bagi 2 kursus formal dan program-program pembelajaran sepanjang hayat bagi masyarakat di daerah Jerantut, Pahang. Kolej Komuniti Jerantut beralamat di :

             Kolej Komuniti Jerantut,
             Kementerian Pengajian Tinggi,
             Taman Wawasan,
             Jalan Jerantut -Temerloh,
             27000 Jerantut,
             Pahang Darul Makmur


OBJEKTIF KOLEJ KOMUNITI
Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistic dengan :
  • Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat
  • Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k-community)
  • Menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat
  • Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategic dan pakatan strategic dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder)
  • Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan system pembelajaran yang kondusif dan berkualiti