SIJIL KOLEJ
KOMUNITI (SKK) - Pemprosesan & Kawalan Mutu Makanan
Pada awal Januari 2013, Kolej Komuniti akan melangkah setapak maju lagi dengan membuka Kursus Sijil Kolej Komuniti ataupun dipanggil sebagai SKK bagi bidang Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.
Kursus ini dijalankan selama 2 tahun atau 4
semester secara sepenuh masa dengan 3 semester pembelajaran di Kolej Komuniti dan diwajibkan menghadiri 1 semester Latihan Industri. Yuran SKK berbeza dengan yuran Modular dimana Pihak Kementerian menetapkan untuk mengenakan hanya RM 200 untuk setiap semester
pembelajaran.
RUANGLINGKUP
PROSES PEMBELAJARAN
- · Merangkumi pemprosesan dan pembungkusan semua kategori makanan khususnya yang bersumberkan bahan mentah tempatan.
- · Merangkumi kaedah pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan hasilan laut, daging, ayam, telur, hasilan koko, gula, bakeri, minyak dan snek tempatan.
- · Juga didedahkan kepada aspek pengawalan mutu makanan, baik semasa atau selepas pemprosesan, aspek kandungan makanan dan pemakanan, menguji dan menganalisis makanan, perundangan yang berkaitan makanan serta pengurusan dan pemasaran hasil makanan.
KEMUDAHAN YANG
DISEDIAKAN
- · Bengkel Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan
- · Makmal Penyediaan Makanan
- · Makmal Proses Makanan
- · Makmal Bakeri
- · Makmal Sains, Matematik & Analisa Makanan
No comments:
Post a Comment