Monday 19 November 2012

Kursus Pendek untuk Komuniti


01 JANUARI 2012 - Daerah Jerantut akan bertambah seri dengan kehadiran Pengarah Kolej Komuniti Jerantut, En Abu Bakar bin Mat Tai. Kehadiran beliau bersama beberapa orang staf kolej memberi alamat bahawa Kolej Komuniti akan mula beroperasi sepenuhnya. Kolej Komuniti ini berperanan terhadap pelajar lepasan sekolah serta masyarakat sekitar. Kursus yang bakal ditawarkan melalui kursus sepenuh masa dan kursus pendek.
         Kursus Akuakultur dan Teknologi Memproses dan Kawalan Mutu Makanan yang ditawarkan melalui Sijil Modular Kebangsaan yang telah mendapat pengiktirafan MQA. Selain itu, pihak kolej juga menawarkan kursus pendek dalam pelbagai bidang. Kursus ini kebiasaannya dijalankan pada hujung minggu, namun peserta boleh memohon pada hari bekerja. Yuran kursus penyertaan adalah RM 1 bagi setiap jam. Minimumnya adalah 5 jam. Pihak kolej menyeru agar masyarakat di daerah Jerantut terutamanya untuk datang ke Kolej bagi mendaftarkan nama anda sebagai peserta kursus. 
          Menurut En Abu Bakar, pihak kolej juga turut mencari tenaga pengajar yang berminat, berpengalaman dan berkelayakan untuk sama-sama membantu komuniti setempat terutamanya dalam bidang kemahiran kerja tangan, pertanian dan keusahawanan. Usaha ini dapat membantu komuniti setempat, terutamanya para belia menjana pendapatan sendiri dalam bidang yang mereka minati. Oleh itu, beliau menyeru bakal tenaga pengajar ini agar menghantarkan perkara seperti berikut :
1. Resume & Sijil-sijil kemahiran
2. Modul Mengajar dan Jadual Kursus Kemahiran
3. Senarai peralatan yang perlu disediakan oleh pihak Kolej atau peserta 

       Antara jenis kursus pendek yang kebiasaannya ditawarkan oleh pihak kolej kepada masyarakat adalah seperti berikut :
  1.     KEROHANIAN / AGAMA  
·         Fiqah
·         Quran
·         Pengurusan Jenazah
·         Kursus Perkahwinan
·         Hadith
  
 2.     BAHASA  
·         Bahasa Melayu
·         Bahasa Inggeris
·         Bahasa Arab
·         Bahasa Mandarin
·         Bahasa Tamil
  
 3.     GRAFIK & MULTIMEDIA  
·         AutoCAD 2D
·         AutoCAD 3D
·         Adobe Photoshop
·         Adobe Illustrator
·         Macromedia Director
  
 4.     JAHITAN / PAKAIAN  
·         Jahitan
·         Baju Kurung
·         Baju Melayu
·         Sulaman Mesin
·         Langsir
·         Manik
  
 5.     PROGRAM INDUSTRI  
·         Hawa Dingin
·         Kimpalan
·         Penyelenggaraan Mekanikal
·         Penyelenggaraan Elektrikal
·         Keselamatan Industri
  
 6.     TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMPUTER  
·         Microsoft Word
·         Microsoft Excel
·         Microsoft Power Point
·         Microsoft Visual Basic
·         Pengenalan kepada Internet
·         Membina Laman Web
  
 7.     ELEKTRIK & ELEKTRONIK  
·         Pendawaian Elektrik Fasa 1
·         Baikpulih Peralatan Elektrik
·         Melukis Litar Elektrik
·         Digital Elektronik
·         Analog Elektronik

Hubungi Kolej Komuniti Jerantut sekarang!!!!

No comments:

Post a Comment