Tuesday 10 January 2012

Kursus Pendek - Program Latihan 1 Malaysia

Kolej Komuniti Jerantut bakal menawarkan pelbagai Program Latihan 1 Malaysia secara kursus pendek yang dijalankan mengikut permintaan dan juga keperluan semasa daripada masyarakat setempat. Untuk menyahut seruan kerajaan melahirkan modal insan yang berdaya maju seiring dengan kepesatan pembangunan masa kini maka Kolej Komuniti Jerantut khususnya mengambil inisiatif untuk memberikan latihan serta melahirkan masyarakat yang berilmu dengan mengadakan pelbagai Program Latihan untuk semua golongan masyarakat setempat dengan yuran yang sangat berpatutan. Kolej Komuniti Jerantut juga begitu prihatin terhadap masyarakat setempat dengan menganjurkan program - program untuk membasmi kemiskinan bandar melalui latihan kemahiran dan juga keusahawanan.

Berikut adalah antara kursus - kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat yang bakal ditawarkan di Kolej Komuniti Jerantut bagi tahun 2012.
1.              Kursus Masakan
2.              Kursus Bahasa
3.              Kursus Kerohanian/Agama
4.              Kursus Muzik
5.              Kursus Teknologi Maklumat & Komputer
6.              Kursus Grafik & Multimedia
7.              Kursus Simen Fero
8.              Kursus Akuakultur
9.              Kursus Jahitan/Pakaian
10.            Kursus Solekan
11.            Kursus Keusahawanan
12.            Kursus Landskap

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi secara terus di Kolej Komuniti Jerantut beralamat di :

           Kolej Komuniti Jerantut,
           Kementerian Pengajian Tinggi.
           Taman Wawasan,
           Jalan Jerantut-Temerloh,
           27000 Jerantut,
           Pahang Darul Makmur.


No comments:

Post a Comment