|
1. | Teknik Pembiakan Ikan | 3 Bulan |
2. | Teknik Asuhan Ikan | 3 Bulan |
3. | Teknologi Tumbesaran Ikan | 6 Bulan |
4. | Teknologi Pemprosesan Hasil Akuakultur | 3 Bulan |
5. | Keusahawanan Akuakultur | 4 Bulan |
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
TEKNIK PEMBIAKAN IKAN 3 BULAN
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah pembiakan spesies-spesies ikan air tawar terpilih secara semula jadi dan juga aruhan. Persiapan awal sebelum memulakan projek seperti penentuan spesies, pemilihan tapak, mereka bentuk, susun atur dan pembinaan hatceri akan dijelaskan. Kaedah pengurusan-pengurusan hatceri yang menyeluruh meliputi penyediaan tangki, pemilihan induk, penetasan telur, penyediaan makanan hidup, pemberian makanan, pemeriksaan mutu air, kawalan penyakit serta tuaian hasil akan diajar bagi memastikan operasi hatceri yang cekap dan lancar. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
TEKNIK ASUHAN IKAN 3 BULAN
Peserta akan didedahkan kepada teknik asuhan benih di peringkat rega di dalam tangki. Pendedahan teori dan amali akan didedahkan kepada aspek penyediaan kolam asuhan, pengurusan benih, makanan, kesihatan, penggredan dan pembungkusan. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
TEKNOLOGI TUMBESARAN IKAN 6 BULAN
Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah menternak ikan air tawar dalam kolam tanah, tangki dan sistem sangkar secara mapan. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam mengusahakan bidang akuakultur ini. Persiapan awal sebelum memulakan projek seperti penentuan spesies ternakan, pemilihan tapak, mereka bentuk, susun atur dan pembinaan kolam serta ladang akan dijelaskan. Kaedah pengurusan-pengurusan ternakan yang menyeluruh meliputi penyediaan kolam, peralatan, benih, mutu air, makanan, musuh, penyakit serta tuaian hasil diajar bagi memastikan operasi kolam yang cekap dan lancar. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
TEKNOLOGI PEMPROSESAN HASIL AKUAKULTUR 3 BULAN
Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi pemprosesan hasil perolehan di bidang akuakultur. Peserta kursus akan didedahkan dengan cara memproses bahan akuakultur sehinga menghasilkan produk keluaran akuakultur. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
KEUSAHAWANAN AKUAKULTUR 3 BULAN
Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi menajalan perusahaan dan keusahawanan di dalam bidang akuakultur. Peserta kursus akan didedahkan dengan cara mengendalikan keusahawanan di dalam bidang akuakultur ini. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.
Kolej Komuniti yang mengendalikan Program Operasi Akuakultur
* KK Tampin * KK Caw Bera *