Pengenalan.
Program Diploma secara ‘Work Based Learning’ adalah merupakan
program baru yang sedang di laksanakan di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Program yang melibatkan Jabatan Pengurusan Politeknik dan
Kolej Komuniti KPTM, GLCs/Syarikat dan pelajar-pelajar Diploma adalah merupakan
komponen penting di dalam perlaksanaannya. Program ini memberi penumpuan kepada
pengajaran dan pembelajaran secara ’hand on’ dan ianya diperolehi ditempat
kerja sebenar iaitu di GLCs/Syarikat yang dilantik.
'GLCs/Syarikat beku’
'GLCs/Syarikat beku’
Istilah yang digunakan apabila wujudnya
GLCs/Syarikat yang tidak mempunyai apa-apa projek dalam jangka masa yang lama
iaitu melebihi 3 bulan. Akibatnya pelajar yang ditempatkan di GLCs/Syarikat
tersebut tidak berpeluang untuk mendapatkan kemahiran yang diperlukan. Bagi
mengatasi masalah ini GLCs/Syarikat dikenalpasti terlebih dahulu melalui
pemantauan mingguan oleh felo. Perbincangan di buat dengan pihak GLCs/Syarikat
terbabit dan persetujuan di capai dimana pelajar akan diagihkan ke GLCs/Syarikat
baru (masih dalam senarai) dengan meletakkan seorang pelajar untuk setiap GLCs/Syarikat.
Ini penting jika lebihan pelajar dikhuatiri akan mendatangkan beban kepada GLCs/Syarikat
baru yang sudahpun mempunyai pelajar WBLnya sendiri.
Kekuatan Program Diploma WBL.
Kekuatan Program Diploma WBL.
Setelah kursus ini dijalankan, didapati terdapat
kelebihan yang diperolehi samada kepada diri pelajar dan juga kepada GLCs/Syarikat.
Kelebihan ini memang tidak dapat dinafikan kerana melalui program ini, ketiga-tiga
komponen JPPKK (Kolej Komuniti), pelajar
dan GLCs/Syarikat di lihat akan bekerjasama bagi merealisasikan program ini.
Kelebihan pada diri pelajar.
Kelebihan pada diri pelajar.
Program Diploma secara WBL ini secara tidak langsung
dapat memberi peluang kepada pelajar dalam menyediakan diri dengan pengalaman
sebenar. Ianya amat berbeza dengan Latihan Industri (L.I) di peringkat sijil
kerana terdapat silibus yang perlu di penuhi. Pelajar secara tidak langsung
terpaksa mendapatkan semua kemahiran bagi memastikan tuntutan silibus dipenuhi dan
akhirnya akan lahirlah pelajar yang benar-benar kompeten seperti yang
dikehendaki di dalam pasaran kerja sekarang.
Kelebihan kepada GLCs/Syarikat.
Disamping kelebihan yang diperolehi bagi pihak pelajar, GLCs/Syarikat
juga tidak ketinggalan dalam memperolehi kelebihan dari program ini. GLCs/Syarikat
secara amnya mendapat pelajar yang sudah mempunyai asas yang agak kukuh
(diperolehi diperingkat sijil) untuk menjadi ’tenaga kerja’ bagi GLCs/Syarikat
tersebut. Dari segi Gred kontrak, bagi GLCs/Syarikat yang mempuyai gred kelas
2, GLCs/Syarikat hanya boleh untuk mendapatkan kontrak yang mempunyai nilai
kurang dari 1 juta ringgit. GLCs/Syarikat yang berkeupayaan untuk mengendalikan
kontrak yang mempunyai nilaian lebih dari 1 juta, GLCs/Syarikat terbabit perlu mendapatkan gred
G3 yang mensyaratkan bahawa salah seorang kakitangan GLCs/Syarikat terbabit
perlulah mempunyai sekurang-kurangnya Diploma. Bagi maksud tersebut GLCs/Syarikat
tentu akan berbesar hati untuk menerima pelajar ini (telah dibuktikan kompetan)
menjadi pekerja tetap bagi mencapai maksud tersebut.
Kesimpulan
Kesimpulan
Sesungguhnya Program Diploma secara WBL ini adalah
merupakan program yang sangat unik. Program yang mempunyai kekuatannya
tersendiri dan pastinya akan menyumbang kepada pembangunan negara. Adalah
menjadi tanggungjawab kita bersama agar program ini dapat kita perbaiki dari
masa ke semasa agar ianya lebih kemas dan teratur. Pertambahan staf untuk
menjalankan program ini adalah merupakan faktor yang penting dan perlu diberi
perhatian. Sokongan dari semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung amatlah diperlukan agar program ini dapat berjalan dengan lancar.
Semoga harapan semua pihak untuk melihat Program Diploma secara WBL ini berjaya
akan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment