Monday, 19 November 2012

KK JERANTUT BERSAMA MASYARAKAT JENGKA 10


15 April 2012, MARAN- seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk surirumah serta pekerja sektor awam atau swasta mengikuti kursus jangka pendek penyediaan kek dan kek cawan di Wisma Jengka 10.
          Dengan adanya tenaga pengajar yang mahir iaitu Puan Rosnita dan dibantu oleh pensyarah kolej, Cik Nor Amalina Abdullah, peserta-peserta telah diberi pendedahan tentang penyediakan 4 jenis resipi seperti kek lapis Sarawak, kek pandan, kek ‘chocolate moist’ beserta kek cawan dengan dekorasi yang sangat menarik. Pihak kolej berharap dengan adanya kursus seperti ini, masyarakat setempat dapat membaiki taraf hidup dengan mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan seterusnya ke peringkat membuka perniagaan sendiri.

No comments:

Post a Comment