Monday, 19 November 2012

Majis Kolaborasi Penyelidikan bersama UMT 2/2012


09 MAC 2012 - Pengarah Pusat Akuakultur Tropika (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu telah mengadakan lawatan rasmi ke Kolej Komuniti Jerantut. Lawatan yang amat bermakna untuk warga KKJP ini bakal menghasilkan impak yang besar kepada seluruh komuniti di Jerantut amnya dan penternak dan pengusaha ternakan ikan secara akuakultur khasnya.
       Pelbagai perkara yang diperbincangkan antaranya mengenai ternakan yang sesuai dijalankan di KKJP, penyelenggaraan sistem akuakultur di KKJP, transfer technology dari UMT ke KKJP, serta peranan besar buat warga KKJP untuk menyalurkan kaedah ternakan terkini kepada masyarakat, khasnya pengusaha ternakan ikan akuakultur.
       Selain itu, En. Hishamudin Ketua Penolong Pengarah JPKK akan berusahamengadakan perjanjian MOU antara kolej-kolej komuniti yang menawarkan bidang akuakultur bersama UMT. Dengan terhasilnya MOU ini, bidang akuakultur Negara akan meningkat dengan lebih pesat dan mencapai sasaran negara dalam pengeluaran sumber makanan.

No comments:

Post a Comment