Monday 19 November 2012

TINGKATKAN KEMAHIRAN DAN PELUANG PERNIAGAAN MELALUI KURSUS PENYEDIAAN KEK, KEK CAWAN, BISKUT DAN AISING HIASAN


23 - 24 Jun 2012 - Kolej Komuniti Jerantut,KKJP telah berpeluang sekali lagi untuk mengadakan kursus pendek mengenai penyediaan kek, kek cawan, biskut dan aising hiasan yang bertempat di Balairaya Kg.Damak Jerantut pada 23 dan 24 Jun 2012. Kursus selama dua hari ini disertai oleh 17 orang peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Damak. Kursus ini terdiri daripada suri rumah, pelajar, warga emas dan peniaga kecil untuk meningkatkan kemahiran penduduk sekaligus dapat membuka peluang dalam bidang perniagaan. Kebanyakkan peserta terdiri daripada peniaga kecil yang ingin meningkatkan kemahiran dalam penyediaan kek, kek cawan, biskut dan aising hiasan. Peserta begitu berminat dan teruja sekali apabila sesi membuat aising hiasan kerana peserta dapat membuat pelbagai corak dan bentuk daripada pelbagai warna aising hiasan tersebut. Kursus selama 20 jam itu telah berlangsung dengan jayanya kerana memberi input yang bermanfaat kepada penduduk setempat. Pihak Kolej akan terus memberi khidmat kepada masyarakat lantaran permintaan yang menggalakkan.

No comments:

Post a Comment