Monday, 19 November 2012

ROTI DAN PASTRI PILIHAN PENDUDUK JENGKA PUSAT


24 Mac 2012, MARAN- Kursus Penyediaan Roti dan Pastri telah diadakan di Dewan Jengka Pusat Maran selama 2 hari. Peserta yang terdiri daripada 17 orang itu diberi tunjuk ajar oleh tenaga pengajar terlatih iaitu Puan Sazana dan juga pensyarah kolej, Cik Sabrina. 
              Kursus yang dijalankan telah menarik minat banyak golongan terutama surirumah. Mereka yang mengikuti kursus tersebut dapat mempelajari pelbagai jenis masakan termasuklah roti pelbagai perisa, donut dan penghasilan karipap. Kursus yang dijalankan dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang itu diadakan untuk mendekati penduduk terutama masyarakat Jerantut disamping berkongsi ilmu-ilmu praktikal dalam bidang roti dan pastri. Menurut Cik Sabrina, “pihak Kolej akan sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada masyarakat untuk member latihan dan kemahiran dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi makanan.

No comments:

Post a Comment